~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Monday, January 29, 2018

Novel: Jodohku Jejaka Jelita bab 8


SEORANG lelaki turun dari Honda Civic hitam itu dan memandang tajam ke arahku, membuatkan darahku tiba-tiba rasa berderau apabila telahanku tepat sama sekali.
Aku mendengus kasar sebelum berjalan menghampirinya dengan sebal, tidak mempedulikan Andra yang masih berada di dalam keretanya saat itu.
            “Buat apa datang sini?” Aku menyoal dengan lantang.
            “Sha.” Suaranya lembut kedengaran di telinga membuatkan hatiku hampir saja cair. Aku menggelengkan kepala, cuba menyedarkan diriku sebelum aku memandang ke arah dia semula.
            “Kan saya dah cakap yang kita dah putus. Apa lagi yang awak tak faham?”
            “Dengan mesej pendek macam tu tanpa beritahu apa punca Sha minta putus, Sha expect abang nak faham?” suara dia pula sudah naik seoktaf. Ini sudah lebih!
            “Awak ingat saya sengaja ke nak minta putus kalau awak tak buat apa-apa salah. Awak tanyalah diri awak sendiri, apa awak dah buat.” Jawabku tegas sambil menyilang lengan rapat ke dada. Mahu dia sendiri menyedari apa salahnya yang selama ini dia sembunyikan daripada aku.
            “Apa ni? Sha nak main teka-teki dengan abang ke? Ke Sha memang sengaja minta putus sebab Sha dah ada orang lain?” Soal Rizwan sambil menjeling ke belakang aku. Aku ikut memandang ke belakang dan melihat Andra sudah keluar daripada keretanya dan menghampiri kami.
            Apa? Dia fikir aku pulak yang curang? Dengan Andra pulak tu? OMG!
            “Awak jangan nak tuduh saya yang bukan-bukan. Awak ingat saya macam awak ke?”
“Habis, kenapa Sha buat abang macam ni? Senyap tanpa khabar. Dah berapa hari abang cuba contact Sha lepas Sha mintak putus tapi tak dapat. Apa salah abang?” dahinya berkerut menyoal aku, masih tidak mengerti.
            Aku menggumam. Cuba menahan sebak yang mula mengisi jiwa.
            “Kenapa Sha? Bagitahu abang.” Rizwan masih mendesak.
            Aku tunduk, teringatkan gadis yang bertemu dengan aku beberapa hari lepas, yang telah membongkar segalanya dan mematahkan sekeping hati aku ini.
            “Awak kenal Zarina?”
            Aku memandang tepat ke wajahnya saat mengajukan soalan itu, mahu melihat reaksinya dan sepertimana telahanku, wajah Rizwan ternyata berubah riak, pucat tidak berdarah.
           
“SIAPA?” soal Rizwan dengan dahi berkerut. Pura-pura tidak mendengar padahal aku pasti dia belum pekak sampai tidak dengar soalan yang jelas aku tanyakan pada dia tadi.
“Awak kenal tak dengan Nur Zarina binti Hashim, yang sama universiti dengan awak dulu?”
            Rizwan tunduk, enggan bertentang mata dengan aku.
            “Kenal ke tidak?” Nadaku sudah meninggi, bengang dengan dirinya yang pura-pura tidak mengerti.
            “Dia ada jumpa Sha ke? Tolong jangan percaya apa yang dia bagitahu dekat Sha. Semua tu dusta je, Sha. Abang sayang Sha seorang je.” Dia tiba-tiba bersuara tanpa menjawab persoalanku tadi.
            “Habis tu, ini gambar apa?” aku menunjukkan sekeping gambar dari dalam telefon bimbitku ke hadapan muka Rizwan, membuatkan wajah dia bertambah pucat tidak berdarah. Gambar yang meyakinkan aku bahawa kata-kata gadis bernama Zarina yang bertemu aku beberapa hari lepas adalah benar belaka dan akulah yang diperbodohkan selama ini.
            “Abang... abang terpaksa... abang... cuma sayang Sha...” tergagap-gagap dia berbicara membuatkan aku mendengus kasar.
            “Dah, tak payah nak bersayang-sayang dengan aku. Sekarang sayang kau tu dah tak laku. Kau fikir aku bodoh ke? Kalau betul kau sayang aku, kenapa kau bertunang dengan perempuan lain? Kenapa?”
            Rizwan tunduk, wajahnya kelihatan keruh.
            “Abang minta maaf, Sha. Abang terpaksa sebab dah janji dengan dia. Tapi dalam hati abang sekarang cuma ada Sha seorang saja. Percayalah cakap abang.”
            Aku merengus.
            “Lepas kau bodohkan aku, bercinta dengan dua orang perempuan dalam satu masa, kau fikir aku masih mampu ke nak percaya cakap kau? Sudah la Hariz Rizwan, blahlah dari sini. Aku dah tak nak tengok muka kau lagi, kita putus! Kau faham tak?”
            “Sha tolonglah. Abang tak cintakan dia dah, abang cuma cintakan Sha seorang. Abang terpaksa terima dia. Tolonglah jangan buat abang macam ni.” Rizwan merayu lagi sambil cuba menarik tanganku namun laju aku meloloskan diri.
            “Sedara, tak faham ke dia suruh blah?” suara Andra yang lantang dari tepi membuatkan aku segera menoleh. Andra sudah berhadapan dengan Rizwan saat itu.
            “Kau tak payah sibuklah, mak nyah!” Rizwan mendengus sambil menolak Andra hingga dia jatuh ke tanah.
            “Andra!” aku laju mendapatkan Andra sebelum memandang Rizwan dengan wajah tidak puas hati. Tak sangka dia sanggup berkasar dengan Andra.
            “Awak okay ke, Andra?” aku menyoal Andra dengan risau. Dia ni dahlah lebih lembut daripada aku.
            “Saya okay.” Andra bingkas bangun dengan senyuman pahit di bibir. Dia menepuk debu yang terpalit pada seluarnya sebelum kembali merapati Rizwan yang kaku memandang kami sedari tadi.
            “Kalau aku mak nyah sekalipun, sekurang-kurangnya aku bukan jantan dayus macam kau yang sanggup duakan perempuan. Baik kau yang jadi mak nyah!”
            “Eii meluatnya aku dengan mak nyah ni, mari sini kau!” Rizwan mula hilang sabar dan mencekak leher Andra, membuatkan aku laju berlari mendekati keduanya.
            “Sudahlah! Saya cakap sudah! Berhenti!” Aku menjerit saat Rizwan sudah melepaskan satu tumbukan ke muka Andra hingga membuatkan dirinya kembali tersungkur ke tanah.
 “Ni kenapa kecoh-kecoh ni?” suara garau abah yang tiba-tiba kedengaran membuatkan Rizwan tersentak dan dia laju melarikan diri ke dalam keretanya dan memecut laju.

Dasar jantan dayus!

Suka? =)

2 comments:

  1. salam, AK mcm mana nak baca bab yg awal yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tekan previous post dkt bawah sekali ni sbb AK blom letak bab by bab dekat side bar. Nanti ak letak kt tepi tu ye. Sorry

      Delete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!