~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Wednesday, April 12, 2017

Novel Pak Cik Kerek Semanis Pavlova Bab 14



ASSALAMMUALAIKUM. Ini The Jida Dessert ke?
Satu mesej yang masuk di aplikasi WhatsApp itu Ajda pandang lama. Siapa pulak yang mesej dia malam-malam buta begini? Nak tempah pavlova sekalipun, esok tak boleh ke? Dah pukul satu pagi kot.
            Wassalam. Ya saya. Ada apa dear?
            Oh ini Cik Ajdalah kan. Saya Doktor Ikhwan. Maaf ganggu awak masa-masa macam ni, saya tengok awak tengah online sebab tu saya tegur.
            Mata Ajda membulat. Cepat-cepat dia betulkan duduknya di atas katilnya itu, sebelum fokus memandang skrin telefonnya kembali. Memang dia sedang online sebab membelek tempahan-tempahan yang dia terima di aplikasi WhatsApp itu. Tak sangka pula ada yang sedang memerhatinya.
            Oh Doktor Ikhwan. Ada apa ya? Macam mana boleh dapat nombor saya ni?
            Ajda buat-buat cool walaupun jantungnya terasa berdegup kencang, doktor kacak kot yang sedang bermesej dengannya saat ini, hati siapa yang tak terawang?
            Saya mintak nombor awak dekat Kak Khaty.
            Oh ada apa ya?
            Ajda senyum dalam diam. Rasa gembira pula bila doktor itu gigih mendapatkan nombornya. Doktor ni nak mengurat dia ke? Ajda sudah berangan jauh.
            Sebenarnya saya nak tempah mini pavlova awak, untuk jamuan jabatan saya.
            Buk! Terasa Ajda jatuh dari awangan. Itulah berangan jauh sangat sampai perasan doktor kacak lagi bergaya kalah model ini nak mengurat dia yang serba biasa, kan dah kecewa. Ajda menepuk kepalanya yang suka fikir bukan-bukan.
            Oh boleh doktor. Nak tempah berapa ya? Dan bila nak?
            Sabtu minggu ni, hantar dekat hospital. Lima puluh ketul, boleh?
            Uih banyaknya. Ajda mencongak-congak dalam hati, memikirkan tempahan-tempahan lain yang perlu dia siapkan. Ah tapi ini peluang nak berjumpa Doktor Ikhwan semula.
Ok boleh, insya-Allah doktor.
            Laju Ajda membalas tanpa mahu berfikir dua kali, risau dia mengubah keputusannya dan menyesal kemudian hari.
Alhamdulillah, terima kasih Ajda. Nanti bagitahu total ya, saya boleh bank in terus.
            Eh tak payah doktor, nanti saya dah siap hantar baru bayar. COD je.
            Ok Ajda, terima kasih. Maaf ganggu ya. Selamat malam. J
            Ajda tersengih-sengih sebaik menamatkan perbualannya dengan Doktor Ikhwan. Walaupun doktor itu menghantar mesej kepadanya kerana ingin membuat tempahan tapi sudah cukup membuat hati Ajda berbunga-bunga. Kalaulah doktor itu luahkan cinta, mahu pitam gamaknya Ajda. Ok sudah Ajda, jangan berangan jauh sangat boleh tak? Ingat doktor sekacak itu, idaman setiap wanita, nak ke dekat kau yang marhaen ni. Perasan betul!
            Ajda menghela nafasnya setelah berjaya berpijak ke bumi yang nyata semula. Dia meletakkan telefonnya di meja sisi sebelum berbaring memejamkan matanya, mahu melupakan segala anasir yang cuba mengusik jiwanya saat itu, menghalang segala bunga yang mahu berkembang dalam taman hatinya.

ASSALAMMUALAIKUM Qisya, kalau kau free bagitahulah ya. Dah lama kita tak jumpa. Aku harap kau baik-baik saja. Jangan diamkan diri dari aku tau, aku rindu sangat dekat kau. –Ajda-
Mesej itu Qisya renung lama, tidak tahu bagaimana hendak membalas kepada Ajda, jawapan apa yang harus dia berikan dan alasan apa pula yang dia mahu reka kali ini?
            “Siapa tu?” soalan yang kedengaran di tepi telinga Qisya membuatkan Qisya cepat-cepat menutup skrin telefonnya dari pandangan pak sunya.
            “Tak ada siapalah, pak su.” Qisya tersenyum.
            Megat Talhah mengerutkan dahinya.
            “Selama ni, pak su rasa Qisya cuma bermesej dengan pak su. Tak tahu pulak pak su, Qisya ada kawan lain sekarang.” Megat Talhah mengangkat kening, cuba mengorek.
            “Mana ada siapalah, pak su. Qisya tengok berita dekat dalam internet ni jela.” Qisya masih cuba menafikan.
            “Ye ke? Pak su rasa pak su nampak Qisya bukak WhatsApp tadi.” Megat Talhah tersenyum penuh makna.
            “Qisya dah ada boyfriend ya sekarang? Pandai ya sorokkan.” Megat Talhah menyambung dengan sengihan yang kian melebar.
            “Hesy mana ada! Merepeklah pak su ni.” Qisya mendengus, tidak suka pak sunya berkata yang bukan-bukan. Siapalah yang sudi menerima dia dalam keadaannya sebegitu?
            “Habis tu yang WhatsApp Qisya tu siapa? Bagitahu pak su.”
            Qisya menghela nafasnya sebelum menggeleng perlahan.
“Tak ada siapalah, pak su. Kawan Qisya je.”
Dahi Megat Talhah sekali lagi berkerut. Megat Talhah tahu anak saudaranya itu sudah tidak menghubungi kawan-kawan lamanya sejak keadaannya jadi begitu. Siapa pula kawannya kali ini? Kawan baru agaknya?
“Kawan? Kenal dekat hospital ke?” Megat Talhah meneka kerana itu satu-satunya tempat yang sering Qisya kunjungi selain duduk berkurung di rumah.
“Tak. Tapi terserempak dekat hospital. Kawan lama Qisya sebenarnya, satu universiti dulu.” Qisya mengeluh perlahan, mengingati Ajda kembali.
“Lah ye ke? Baguslah macam tu, jumpa balik kawan lama. Qisya kan dah lama tak contact kawan-kawan Qisya.”
“Tapi Qisya seganlah pak su. Pak su tengoklah keadaan Qisya ni, dah tak sama macam dulu.”
Megat Talhah menghela nafasnya sebelum memandang wajah Qisya dengan matanya yang redup.
“Qisya, dah lama kan Qisya keseorangan, tak ada kawan dekat sisi. Sekarang kawan Qisya dah muncul balik jadi tak salah kan kalau Qisya berhubung semula dengan dia. Sekurang-kurangnya Qisya tak sunyi.”
“Qisya tahu pak su. Lagipun dia memang kawan yang baik, lepas selisih dengan Qisya tempoh hari, kerap dia mesej Qisya minta nak jumpa tapi Qisya yang asyik bagi alasan sebab tak bersedia nak jumpa dia balik.”
“Qisya, kawan yang ada masa kita senang memang ramai tapi yang ada waktu kita susah memang payah nak jumpa. Ini dia boleh terima keadaan Qisya, patutnya Qisya kena bersyukur dan jangan lari lagi dari dia. Jumpalah dia balik dan gembirakan hati Qisya tu. Selagi Qisya hidup macam ni, berkurung saja di rumah, selagi tu pak su risaukan keadaan Qisya tau.” Megat Talhah meluahkan rasa hatinya yang dia pendam selama ini.
Melihat keadaan Qisya yang lebih teruk terkesan dari dirinya selepas kemalangan empat tahun lalu itu membuatkan Megat Talhah semakin dipagut rasa bersalah. Dia sentiasa dihantui rasa menyesal yang tidak berkesudahan dan keadaan Qisya yang macam mayat hidup itu memburukkan lagi keadaan.
“Yelah nanti Qisya pergi jumpa dia, pak su janganlah risau.” Qisya tersenyum, tidak mahu pak sunya risaukan keadaan dia lagi. Kata-kata pak sunya itu memang ada benarnya cuma Qisya saja masih dibelenggu ketakutan, terkenangkan kenangan zaman universitinya yang sempurna saat dia melihat wajah Ajda semula sedangkan dirinya sekarang jauh berbeza dengan yang dulu.
Contact kawan Qisya tu balik tau.” Megat Talhah menepuk bahu Qisya yang sudah larut dalam fikiran sendiri yang entah sudah sampai ke mana. Qisya kembali memandang Megat Talhah yang seperti bersedia hendak keluar, pakaiannya juga kemas seperti kebiasaan dia saat dia hendak pergi kerja.
“Pak su nak pergi butik ke hari ni?” Qisya laju menyoal sebelum sempat Megat Talhah melangkah. Megat Talhah berpaling memandang Qisya semula seraya mengangguk laju.
“Haah. Dah lama pak su rehat dekat rumah, sekarang pak su rasa dah sampai masanya pak su teruskan hidup dari berfikir tentang perkara-perkara yang cuma buat pak su sedih.”
“Pak su dah okay ke?” Qisya menyoal risau. Walau dia tidak pernah merasa peritnya putus cinta tetapi dia tetap bisa memahami pedihnya hati apabila terluka.

“Insya-Allah pak su okay. Qisya jangan risau ya. Dah, pak su dah lambat ni. Pak su pergi dulu, jaga diri Qisya baik-baik. Ada apa-apa, call pak su ya.” Megat Talhah laju melangkah meninggalkan Qisya yang masih gusar dengan keadaan pak sunya yang pastinya mengambil masa untuk sembuh dari kekecewaan.

Suka? =)

2 comments:

  1. yes, both of you have move on.... like I say I like to see both of you happy.

    ReplyDelete
  2. Dari bab 1 sampai 14 non stop ... Sukaaaaaaa sangat .. harap dpt up next chapter soon .. 💖💖💖

    ReplyDelete

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!