~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Sunday, January 17, 2016

Novel : Angin Cinta Bab 10

Bab 10
“BARU balik, Ika?” Puan Zarina menyoal anak tunggalnya itu saat Irika masuk ke dapur dengan wajah yang keletihan, mencari air untuk menghilangkan dahaganya.
            “Ya mama, banyak kerja dekat pejabat.” Irika bersuara sebelum menuang air masak ke dalam gelasnya dan meneguk air itu rakus.
            “Hmm tak apalah, Ika naik atas mandi, nanti turun makan ya. Mama dah panaskan lauk dah.”
            Irika senyum sebelum bangun semula dari meja, mahu naik ke atas. Dia menghampiri mamanya sebelum memeluk tubuh itu erat.
“Ok mama. Thanks.”
Puan Zarina menepuk bahu anaknya itu dengan penuh kasih sayang.
            “Kesian anak mama ni, kena kerja kuat. Itulah mama suruh kahwin dengan Zainal tu tak nak.”
            Irika meleraikan pelukannya dan memandang mamanya dengan mata membulat.
            “Maa.... ma tahu kan Ika tak suka dia.” Irika mendengus perlahan.
            “Ya, mama tahu. Tapi mama kesian tengok Ika susah payah kerja macam ni. Kalau Ika kahwin dengan Zainal tu, tentu Ika goyang kaki saja dekat rumah.”
            Irika memandang wajah mamanya itu lama sebelum tersenyum kembali.
            “Mama, Ika tak kisahlah hidup macam ni. Hidup Ika dah cukup sempurna dah pun, walaupun kita tak sekaya keluarga Uncle Bakhtiar dan Zainal tu, at least kita masih boleh dikira berkemampuan. Apa lagi yang Ika nak kalau semua sudah cukup bagi Ika?”
            Puan Zarina mengusap kepala anaknya itu, mengerti perasaan anaknya yang seorang itu.
            “Ya mama faham. Cuma kalau boleh mama nak jugaklah tengok Ika kahwin dengan seseorang yang mama boleh harapkan untuk jaga Ika kalau mama dan papa dah tak ada esok.” Puan Zarina bernada sayu.
            “Mama... orang kaya macam Zainal tu tak semestinya boleh diharap mama. Pandailah Ika cari calon suami yang sesuai nanti ya. Mama janganlah risau. Insya-Allah nanti bila saatnya sesuai, mesti calon Ika tu muncul depan mata. Ting! Macam magik!”
            “Ika!”
            Puan Zarina ketawa melihat keletah Irika.
            “Mama jangan risau ya.” Irika kembali melembutkan suaranya, cuba memujuk mamanya untuk mengerti.
            “Ya, mama tak risau. Mama tahu anak mama ni pandai memilih.”
            Puan Zarina tersenyum membuatkan Irika ikut tersenyum kembali.

IRIKA menghadap telefon bimbitnya malam itu, meneliti mesej-mesej yang masuk termasuk di aplikasi whatsapp sebelum dia terhenti pada nama Zainal. Dia memandang chat bersama Zainal itu lama. Pelik kerana sudah lama jejaka itu tidak menghubunginya. Takkanlah terkesan dengan kata-katanya sampai menyepi begitu?
            Takkanlah jejaka kacak idaman Malaya itu masih tak boleh lupakan perasaannya terhadap Irika sampai sanggup tak berhubung dengan Irika lagi? Mendalam sangatkah rasa sukanya kepada Irika?
            Irika menggaru kepalanya sendiri, teragak-agak hendak menghubungi Zainal atau tidak.
            Ah tak apalah, dia kawan aku jugak. Takkanlah sebabkan hal perasaan tu aku dengan dia nak putus kawan pulak, padahal dah kenal lama dah.
            Irika mula menaip mesej di aplikasi whatsappnya. Zainal sedang online ketika itu.
            Lama diam.
Mesej dihantar.
Busy.
Mata Irika membulat, tidak pernah Zainal berkata begitu selama ini kepadanya.
Ok. Just nak minta maaf pasal hal hari tu. Saya harap awak tak kecil hati. Kita kenal dah lama, saya tak naklah sampai hilang kawan sebabkan hal hati dan perasaan tu.
Zainal lama diam. Tidak menaip tetapi mesej itu dia sudah baca.
That’s ok. I memang busy. Bukan merajuk pasal tu, nanti kita jumpa k.
Balasan dari Zainal diterima setelah lama jejaka itu diam. Irika menarik nafas lega. Mujurlah Zainal tidak berkecil hati dengannya lagi.
Ok. See you later.
Irika meletakkan kembali telefon bimbitnya di tepi meja sebelum keluar ke balkoninya, memandang langit malam yang dipenuhi bintang-bintang malam itu.
Irika senyum.

“Ika rindu...” Irika bersuara sendiri dengan matanya yang sudah berkaca.

Bersambung dalam novel Angin Cinta yang boleh didapatkan di pasaran sekarang. Layari www.karyaseni.my atau apps KARYASENI untuk pembelian secara online.

Suka? =)

No comments:

Post a Comment

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!