~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Friday, April 14, 2017

Novel Pak Cik Kerek Semanis Pavlova Bab 15



MEGAT Talhah merenung pavlova yang berada di dalam peti makanan butiknya itu dengan dahi berkerut, tidak sedar bila pula produk baharu itu diletakkan di situ.
            “Ati.” Megat Talhah memandang Ati yang baru saja menghampiri Megat Talhah, ingin menyerahkan fail yang diminta Megat Talhah tadi.
            “Ya, Encik Megat.”
            “Pavlova ni, bila Cik Ajda tu datang letak?”
            “Semalam, Encik Megat. Saya pun tak ada masa tu sebab pergi hospital.” Megat Talhah menganggukkan kepalanya tanda mengerti. Tak sangka pula dah masuk awal bulan rupanya, cepat betul masa berlalu tanpa dia sedar. Iyalah, dekat dua minggu dia berkurung saja di rumah, macam manalah nak sedar masa yang pergi. Hesy!
            “Okay. Kontrak dia dah tandatangan ke?”
            “Dah, Encik Megat.”
            “Tak apalah macam tu, Ati. Awak boleh pergi.” Megat Talhah kembali memandang ke arah pavlova itu, teringatkan gadis bernama Ajda yang baru muncul di dalam hidup dia tetapi dah buat hidup dia tak tenteram sejak dua menjak ni sampaikan dia jadi bergaduh dengan Melissa.
            Sudahlah Tal, Melissa putuskan hubungan dengan kau bukan sebab budak tu, tapi sebab Melissa memang dah tak boleh teruskan, setia pada benda yang tidak pasti. Walaupun aku mahu berkahwin dengan dia, tapi dia takkan sanggup terima aku selagi aku bersama Qisya. Haih!
            Megat Talhah merengus sebelum dia mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya. Sebuah kotak baldu kecil yang dia selalu bawa ke mana saja selama ini, dia renung lama. Satu keluhan berat kembali terbit dari bibirnya.

MELISSA sedang melakar beberapa rekaan baju pada buku notanya, untuk keluaran terbaharu butik Mellia nanti ketika pintu biliknya diketuk seseorang. Melissa mengangkat wajahnya saat Julia tersembul di pintu bilik pejabatnya itu.
            “Ada apa beb?”
            Julia sekadar mengangkat bahunya lalu menunjuk ke arah seseorang di belakangnya. Melissa jadi gusar, bimbang kalau-kalau Megat Talhah yang muncul, mencarinya setelah hampir dua minggu dia berjaya melarikan diri daripada lelaki itu. Nombor lelaki itu juga dia sudah block di telefonnya, tidak mahu dihubungi bekas kekasihnya itu. Enggan berpaling dari keputusan yang dia telah ambil dan mahu terus melangkah ke hadapan.
            “Cik Melissa.” Seorang lelaki tua muncul di hadapan Melissa tika itu.
            “Pak Kahar...” Melissa tergamam melihat pekerja Megat Talhah itu sedang berdiri di hadapannya saat itu.
            “Kenapa Pak Kahar datang ke sini?”
            Pak Kahar diam. Dia menghulurkan sesuatu kepada Melissa membuatkan Melissa menegakkan tubuhnya. Julia awal-awal lagi sudah keluar, meninggalkan Melissa dan Pak Kahar untuk berurusan sendiri.
             Melissa memandang kotak baldu kecil berwarna hitam itu. Lambat-lambat dia menyambutnya sebelum memandang ke arah Pak Kahar semula.
            “Apa ni, Pak Kahar? Encik Megat suruh bagi ke?”
            “Ya, Cik Melissa. Encik Megat suruh Pak Kahar sampaikan pada Cik Melissa.”
            Melissa mendengus sebelum meletakkan kotak itu di atas mejanya dan menolaknya ke arah Pak Kahar semula.
            “Saya tak boleh terima benda ni, Pak Kahar. Pak Kahar bagi balik dekat bos Pak Kahar tu ya.”
            “Tapi, Encik Megat suruh saya bagi dekat Cik Melissa berserta surat ni. Kata Encik Megat, kalau Cik Melissa nak pulangkan, bagi sendiri dekat tangan dia.” Pak Kahar meletakkan pula sepucuk surat yang dia baru seluk dari poket bajunya dan diletakkan di atas meja Melissa, bersebelahan kotak baldu itu.
            “Pak Kahar balik dululah ya.” Pak Kahar terus meminta diri dan berlalu keluar dari bilik itu tanpa menanti respon daripada Melissa. Risau gadis itu berkeras tidak mahu menerima hadiah tersebut, nanti tak pasal-pasal dia pula dimarahi Megat Talhah sebab tidak menyampaikan amanah itu dengan sempurna.
            Melissa mengetap bibir saat tangannya mencapai surat itu dan membukanya dengan hati yang libang libu.
Assalammualaikum Mel,
I tahu you sudah bulat dengan keputusan you dan I bukannya cuba nak ubah apa-apa. Cuma satu saja yang I minta dari you, terima cincin ini, anggaplah ia sekadar sebuah hadiah perpisahan sebab I sendiri tak mampu nak simpan lagi cincin ini lepas lama cincin ni ada di dalam simpanan I, menanti you menerima lamaran I selama ini.
Cincin ini memang I tempah khas untuk you, jadi I tak sanggup nak berikan cincin ini dekat orang lain so I harap you dapatlah terima. I doakan you cepat-cepat bertemu cinta yang baru dan berbahagia walau dengan siapapun you berjodoh kelak.
Jangan risau pasal I. I ok dan akan teruskan hidup ini dengan gembira walau tanpa you di sisi I lagi.
Semoga you sentiasa dalam rahmat Allah.
Megat Talhah
            Melissa menggumam saat matanya terasa panas menahan bahang air mata yang mahu merembes keluar. Kotak baldu itu dia buka, menyerlahkan sebentuk cincin emas putih yang jelas memang menepati seleranya yang tidak gemarkan cincin emas biasa dan lebih sukakan emas putih.
            Satu keluhan berat Melissa lepaskan saat dia menutup kembali kotak itu. Walaupun dia terpaksa menerima cincin itu kerana enggan bertemu Megat Talhah kembali untuk memulangkan cincin tersebut namun dia tidak akan sesekali menyarungkannya di jemarinya, tidak mahu ingatannya terhadap Megat Talhah kembali menghantuinya, mencambahkan kembali benih cinta yang dia sudah hancurkan sebelum ini.

            Laci di bahagian bawah sekali di meja kerjanya dia buka sebelum kotak baldu itu dilempar ke dalam dan ditutup rapat tanpa ada rasa untuk melihatnya kembali. Keputusannya sudah bulat dan tidak ada sesiapa dapat mengubahnya lagi.

Suka? =)

No comments:

Post a Comment

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!