~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Thursday, January 14, 2016

Novel : Angin Cinta Bab 4

Bab 4
HATI KK terasa galau. Lagi nanar hatinya apabila mendapat tahu yang Zainal tadi adalah pemilik Alamar Corp, juga pemilik Menara Alam tempat Irika berkerja itu, Zainal Alam Bakhtiar, pesaingnya di dalam bidang perniagaan ini. Patutlah lagaknya lain macam. Baru saja KK nak tawan hati Irika dengan tayang hartanya dan kemachoannya depan Irika, sekali mamat Zainal tu potong line pulak.
            Hailah KK, dalam banyak-banyak perempuan yang kau boleh dapat dengan mudah, kenapalah dengan yang susah ni jugak yang hati aku nak tertawan? Sudahlah nak kena bersaing dengan Zainal yang gila perfect. Mahu kalah aku sebelum bertanding. Haih! Irikaku sayang, janganlah kau tergoda dengan Zainal tu. Please sayang...
            “Tergoda? Hmmm...” KK mengurut-urut dagunya sambil memikirkan sesuatu sebelum dia mengangkat tangan tanda mendapat idea. Butang interkom pantas ditekan.
            “Sharon...” KK memanggil setiausahanya itu.
            “Yes, bos.”
            “I want you to do something for me.” KK tersenyum sendiri.
            “Apa dia, bos?”
            Adalah, tapi sebelum  tu you panggilkan Soraya masuk bilik I kejap. Nanti I bagitahu you apa yang you kena buat pulak.”
            “Ok bos!”
            KK menyandar pada kerusinya sementara menunggu Soraya, ekskutif pemasarannya itu masuk. Soraya, antara gadis tercantik di syarikatnya, juga mungkin di Malaysia. Hijabista bermata galak ini memang bekerja sebagai model sambilan selain bekerja di syarikat KK. Tapi walau sudah lama bekerja di situ, tidak pernah sekalipun KK rasa tertarik apatah lagi jatuh cinta dengan dia, tapi dengan gadis bernama Irika itu... baru pertama kali jumpa pun hati KK dah tertawan. Aduh!
            “Bos panggil saya?” Soraya menjenguk dari luar bilik KK. KK yang tersedar dari lamunan, kembali membetulkan duduknya sebelum memanggil Soraya masuk.
            “Yes Soraya. Saya ada projek baik punya nak bincang dengan awak.” KK senyum penuh makna.

“I nak jumpa Cik Irika.” Sharon bersuara saat dia muncul di pejabat Jaguh Kiara petang itu. Tugas yang diberikan KK itu harus dia laksanakan walaupun tidak berkaitan dengan soal perniagaan. Bosnya itu terlalu sibuk untuk datang sendiri dan bersemuka dengan gadis itu jadi dia selaku orang kuat bosnya haruslah menolong.
            “Ya, saya.” Irika mengangkat kening memandang ke arah amoi berwajah cantik di hadapannya itu.
            “Oh, Cik Irika ya.” Sharon tersenyum. Patutlah KK boleh angau sampai macam tu sekali, baru Sharon faham sekarang.
            “Bos I tugaskan I untuk bagi hadiah ni untuk Cik Irika, harap cik Irika sudi.” Sharon menghulurkan satu beg kertas berlambang Habib Jewel. Irika menyambut beg yang dihulur Sharon dengan rasa teragak-agak. Apa benda pulak ni?
            “Err, apa ni ya?” Irika segera menyoal.
            “Hadiah, dari bos I. Dia cuma minta I bagi dekat you, itu saja. So I minta diri dululah ya.” Sharon meminta diri dengan pantas, risau gadis itu melenting dekat dia pulak macam yang KK kena. Tugasnya di situ sudah selesai, sebaik membelikan hadiah itu dia terus saja ke pejabat gadis itu seperti yang diamanahkan KK.
            Irika memerhati langkah amoi itu hingga dia keluar dari pejabat Irika dan hilang dari pandangan sebelum matanya jatuh ke arah beg kertas itu semula. Perlahan dia menyeluk isi dalam dan menarik sebuah kotak baldu yang sederhana keluar dari beg itu.
Mata Irika membuntang saat dia melihat seutas rantai tangan yang bergemerlapan bertatahkan butiran berlian halus elok terletak di dalam bekas kotak baldu itu. Dengan pantas dia menutup kotak itu semula dan mendengus geram.
“Dia ingat aku ni boleh dibeli dengan benda ni ke? Huh! Memang nak kena betul CEO poyo tu.” Irika mengomel sendiri sebelum menyimpan kembali kotak itu ke dalam beg kertas tadi.

“MACAM mana, Sharon?” KK pantas menyoal sebaik Sharon kembali ke pejabatnya petang itu. Dia tidak senang duduk sedari tadi memikirkan hal itu walaupun sibuk di pejabatnya dengan pelbagai urusan.
            “Ok bos. Don’t worry!” Sharon tersengih.
            “Ye ke? Alhamdulillah. Dia terima ke?”
            “Terima saja. Patutlah bos boleh terpikat dengan dia bos, memang cantik dan baik orangnya I tengok.”
            “Kan kan?” KK tersenyum bangga, apabila Sharon mengakui pilihannya itu tidak salah.
            “Dia ada kata apa-apa tak dekat I?” KK masih teruja, mahu tahu semuanya tentang hal tadi. Mudah rupanya gadis itu hendak menerima hadiahnya, ingatkan susah sangat. Cair dengan barang kemas rupanya Irika itu.
            “Tak ada bos. Belum dia cakap apa-apa, I sudah cabut. Takut dia marah dekat I.”
            “Hah? Habis, dia sempat tengok tak hadiah tu depan you?”
            “Tak.” Sharon tersengih.
            “Belum sempat dia bukak, I sudah mintak diri.” Sharon menyambung katanya membuatkan KK menepuk dahinya.
            “Aiyoo Sharon! Kenapa you tak tunggu dulu? Mana tahu dia nak bagi pesanan apa-apa ke, tak pun dia tak nak terima hadiah tu ke?” KK gusar, bimbang gadis itu marahkan dia lagi.
            “Alah relaks la bos, itu plan I lah. Kalau dia ada apa-apa nak cakap nanti dia contactlah bos. I cepat-cepat balik supaya nak tak nak dia kena terima jugak hadiah bos tu. Unless...” Sharon terhenti bersuara saat bunyi interkom kedengaran di meja KK.

            “Bos, ada perempuan nama Irika nak jumpa.” Penyambut tetamu memberikan pesanannya membuatkan KK menelan liur. Dia memandang ke arah Sharon dan Sharon juga ikut memandangnya. Habislah!

Suka? =)

No comments:

Post a Comment

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!