~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Sunday, April 2, 2017

Novel Pak Cik Kerek Semanis Pavlova Bab 9



“TERIMA kasih banyak, Encik Megat.” Ajda bersuara lagi saat mereka tiba di hadapan butik Talqisya sebelum dia pantas keluar dari perut kereta. Mahu cepat-cepat bebas dari situasi kekok yang dia alami sedari tadi. Tak tahulah lelaki spesies apa Encik Megat ni, aura dingin dia lain macam. Seram sejuk Ajda jadinya saat mereka duduk bersebelahan, harap-harap takkan adalah kali kedua keadaan macam ni, tak sanggup dia nak ulang kembali.
            “Sementara Pak Kahar tukarkan bateri kereta tu, awak duduk sajalah dalam butik.” Sempat lelaki itu berpesan kepada Ajda sebelum dia melangkah masuk ke dalam butik tanpa menoleh ke arah Ajda lagi.
            Ajda menarik nafas lega, baru rasa boleh bernafas dengan lancar kembali. Kalau tak, rasa macam kena dapatkan bantuan oksigen saja. Dadanya berdebar lain macam, bukan sebab jatuh cinta atau yang sewaktu dengannya, tetapi sebab rasa tidak selesa berada bersama lelaki itu, kedinginannya bisa membunuh!
            “Ajda pergilah masuk dalam, nanti dah siap Pak Kahar panggil.” Suara Pak Kahar yang tiba-tiba kedengaran membuatkan Ajda tersedar. Lekas dia berpaling memandang lelaki tua itu sebelum menggeleng.
            “Tak apalah Pak Kahar. Saya temankan Pak Kahar dekat sini saja. Kesian Pak Kahar bersusah sebab saya.”
            “Alah tak apa, Pak Kahar dah biasa buat kerja-kerja macam ni. Dulu masa Pak Kahar bawak teksi dulu, semua Pak Kahar baiki sendiri kalau teksi Pak Kahar rosak. Tapi kalau rosak sikit-sikit sajalah.” Pak Kahar tersengih.
            “Oh Pak Kahar bawak teksi dulu?”
            “Ya, lebih kurang lima belas tahun jugaklah Pak Kahar bawak teksi sebelum kerja dengan Encik Megat.”
            “Uih lama tu. Habis kenapa Pak Kahar berhenti bawak teksi dan jadi driver Encik Megat pulak?”
            “Dah Encik Megat offer Pak Kahar kerja ni, Pak Kahar terima jelah. Lagipun Pak Kahar dah tua, tak larat nak bawak teksi sampai lewat malam. Kerja sekarang pun tak sepenat bawa teksi dulu, lagi banyak rehat dari memandu sana sini.”
            “Oh macam tu.” Ajda menggangguk-anggukkan kepalanya. Seronok berbual dengan Pak Kahar yang mungkin sebaya abahnya kalau abahnya masih hidup. Terasa macam berbual dengan abahnya sendiri pulak.
            “Ajda masuklah dalam dulu. Panas ni, nanti gelap kulit tu. Macam Pak Kahar ni tak apa, dah berkedut tak ada siapa kisah kalau gelap pun.” Pak Kahar ketawa membuatkan Ajda ikut ketawa.
            “Ada-ada jelah Pak Kahar. Saya tak kisah pun gelap, saya bukan lawa pun sampai nak kena jaga kulit tak bagi kena panas.” Ajda merenung tangannya yang disimbahi cahaya matahari saat itu.
            “Eh apa tak lawanya, lawa je Pak Kahar tengok, cuma kamu tak mekap saja macam perempuan-perempuan zaman sekarang. Baguslah macam ni, natural beauty.”
            “Amboi pandai ya Pak Kahar speaking.”
            “Biasalah dulu selalu bercakap dengan pelancong asing. Warga asing pun biasa sampai teksi Pak Kahar jadi semerbak.” Pak Kahar tersengih penuh makna.
            Ajda ketawa, memahami maksud Pak Kahar itu.
           
MEGAT Talhah memerhati gadis yang sedang ketawa itu dari sebalik cermin kaca butik Talqisya itu. Gadis itu nampak lain benar dengan gadis-gadis yang dia pernah kenali selama ini termasuk Melissa. Gadis lain sentiasa mahu kelihatan cantik dan bergaya sedangkan gadis itu nampak selekeh saja dengan tudung bawal pin di tengah, jubah hitam kosong dan kasut sneakers. Entah dari mana dia belajar bergaya macam tu, rasa tak kena saja melihatnya.
            Tapi entah kenapa, ada sesuatu pada gadis itu yang buat Megat Talhah rasa tertarik untuk perhatikan, mungkin personalitinya yang mesra dengan orang lain walaupun dengan dia, gadis itu nampak takut-takut. Ah siapa yang tak takut dengan Megat Talhah? Sampaikan ramai yang tak jadi nak memohon vendor sebaik saja berjumpa dengan dia, tak tahan melayan songeh Megat Talhah.
            Ah, kenapa harus aku berfikir tentang perempuan lain sedangkan masalah aku dengan Melissa pun belum selesai? Cari pasal betul kau ni Tal!
            Pantas Megat Talhah mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor seseorang. Beberapa kali cubaan barulah panggilannya itu berjawab.
            “Apa?” datar saja suara di sebelah sana menjawab.
            “We need to talk, Melissa.”
            “Nak cakap apa lagi? Kalau you just nak cakap pasal benda yang I tak boleh realisasikan tu baik you berhenti saja. Tak ada guna untuk kita berbincang apa-apa lagi.”
            “Okay I faham you tak ready. Ok fine, I takkan cakap pasal tu lagi sebelum you sedia. Now, can we meet?”
            Terdengar keluhan dari bibir Melissa di talian sebelah sana.
            “Untuk apa?”
            “Saja nak jumpa, takkan I tak boleh jumpa kekasih I.”
            “Okay. Nanti lepas I habis photoshoot ni, I datang butik you. Kita keluar makan, I pun ada benda nak cakap sebenarnya.”
            “Okay, Melissa. I jumpa you nanti.”
            “Okay. Bye.”
            Talian dimatikan. Megat Talhah menarik nafas lega mendengar suara Melissa yang kembali normal. Harap-harap mood Melissa pulihlah lepas ni, kalau tidak dia yang serabut bila memikirkan wajah Melissa yang asyik mencuka bila dia membangkitkan soal perkahwinan. Apalah nasib, ada kekasih hati pun tak nak kahwin-kahwin lagi padahal dia dah kategori bujang terlajak dah ni. Hesy!

“Pak Kahar, tak siap lagi ke?” suara garau yang menerpa itu membuatkan Ajda dan Pak Kahar sama-sama berpaling ke arah suara tersebut. Megat Talhah sedang berdiri tegak sambil kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar.
            “Sikit lagi Encik Megat, nak siap dah.”
            “Hmmm tak apalah, lepas siap ni tolong saya ya. Collect barang dekat kedai ni, saya nak urgent, budak delivery dia orang masih ada dekat luar. Ini duitnya.” Megat Talhah menghulurkan tiga keping not ungu dan sekeping kad nama kepada Pak Kahar dan disambut lelaki tua itu bersama anggukan faham.
            “Baik Encik Megat.” Pak Kahar menyimpan duit tersebut sebelum kembali fokus memasang bateri baru pada kereta Ajda.
            Ajda diam, langsung tidak memandang Megat Talhah sebaik dia sedar Megat Talhah yang memanggil Pak Kahar tadi.
“Kenapa tak masuk dalam butik?” suara garau itu bergema lagi dan Ajda mengerti soalan itu ditujukan buatnya. Nak tak nak dia terpaksa memandang Megat Talhah.
“Saja. Nak temankan Pak Kahar, lagipun saya yang susahkan Pak Kahar sebab kena tukarkan bateri kereta saya ni.”
Megat Talhah mengangguk mendengar jawapan Ajda itu sebelum dia melangkah kembali masuk ke dalam butik Talqisya tanpa sebarang bicara lagi.
Sekali lagi Ajda menarik nafas lega sebaik kelibat itu hilang dari pandangan. Matanya beralih ke arah Pak Kahar yang tiba-tiba saja gelak.
“Kenapa Pak Kahar gelak?” Kening Ajda terjongket.
“Pak Kahar tengok kamu macam takut sangat dengan Encik Megat tu. Lucu pulak Pak Kahar perhati gelagat kamu bila berdepan dengan dia.”
Ajda tersengih.
“Macam mana tak takut, muka ketat dua puluh empat jam. Tapi...” Ajda melepas pandangannya ke arah butik sebelum matanya tertancap pada batang tubuh Megat Talhah yang sedang memandangnya dari cermin kaca. Cepat-cepat lelaki itu mengalih pandangan dan berlalu jauh dari pandangan Ajda.
“Tapi apa?” Pak Kahar laju menyoal apabila Ajda tiba-tiba saja diam. Ajda kembali memandang Pak Kahar, walaupun hatinya masih berasa pelik kenapa Megat Talhah memerhati mereka dari luar. Takut Pak Kahar mengelat kerja ke? Hesy tegas betul!
“Oh... tapi barang apa yang Pak Kahar kena collect tu?”
“Entah. Bunga kot sebab dekat kedai bunga.”
Kening Ajda terangkat tinggi.
“Bunga? Buat apa? Encik Megat dan bunga? Euww tak boleh bayang.”
Pak Kahar tergelak kecil.
“Untuk Cik Melissa agaknya. Selalu macam tulah, kadang-kadang memang Encik Megat belikan bunga untuk Cik Melissa.”
“Cik Melissa? Kekasih Encik Megat ya? Dengar nama pun dah rasa orangnya cantik.”
“Haah. Cantik, model muslimah.” Jawab Pak Kahar tanpa memandang ke arah Ajda.
Ajda menggangguk, benar telahannya. Namanya memang secantik orangnya, kalau model tu sah-sahlah cantik kan.
“Pak Kahar dah siap tukarkan bateri ni. Ajda cuba hidupkan kereta, kalau okay dah boleh geraklah.” Pak Kahar mengangkat wajahnya setelah lama dia memandang bonet hadapan kereta Ajda sedari tadi.
“Okay.” Ajda bingkas masuk ke dalam keretanya dan cuba menghidupkan enjin dengan memulas kunci keretanya. Lampu amaran di dashboard yang kembali menyala serta bunyi enjin yang kedengaran menandakan keretanya sudah bisa dihidupkan semula.
 “Alhamdulillah. Terima kasih Pak Kahar, berapa saya kena bayar ni?” Ajda bernada teruja sebaik masalahnya itu selesai.
“Eh tak payahlah, bateri tu kan Ajda dah bayar sendiri masa kita singgah beli tadi.” Pak Kahar bersuara sambil menutup bonet kereta setelah yakin bateri yang ditukarnya itu sudah berfungsi dengan baik.
“Bateri tu memanglah saya bayar, tapi penat lelah Pak Kahar ni patutnya saya kena balas jugak. Nah, lima puluh ringgit cukup tak?” Ajda menghulurkan not duit itu kepada Pak Kahar tetapi laju Pak Kahar menggeleng.
“Tak payah, Pak Kahar buat ni ikhlas. Lagipun Encik Megat yang arahkan Pak Kahar tadi jadi maksudnya memang Pak Kahar buat kerja Pak Kahar sajalah.”
“Alah, saya pun ikhlas Pak Kahar. Arahan Encik Megat tu memanglah tanggungjawab Pak Kahar tapi saya dah kira menyusahkan Pak Kahar.”
“Tak payahlah. Simpan duit tu.” Pak Kahar masih tegar menolak membuatkan Ajda memikirkan cara lain untuk membalas budi lelaki tua itu.
“Hmmm macam tu Pak Kahar rehat dekat sini, biar saya saja yang pergi ambik bunga yang Encik Megat mintak tadi.”
“Eh tak payahlah, apa pulak kata Encik Megat nanti.”
“Tak apa, Pak Kahar. Pak Kahar duduk je, serahkan saja perkara ni dekat saya. Bukannya susah pun kan? Lagipun tak ada beza kalau saya atau Pak Kahar yang ambilkan, bukannya bunga tu boleh berubah jadi lain kan?” Ajda tersengih, yakin dengan cadangannya itu.
Pak Kahar kelihatan terdiam. Kesungguhan Ajda untuk menolong bagi membalas budi membuatkan dia tidak sampai hati lagi untuk menolak permintaan gadis itu. Perlahan dia mengangguk. Tiga keping not seratus berserta kad nama yang Encik Megat berikan tadi dia hulurkan kepada gadis itu.
“Bila sampai dekat kedai tu, Ajda cakap Ajda dari Talqisya okay. Nanti dia orang fahamlah, biasanya Encik Megat dah buat tempahan awal.” Pak Kahar memberikan panduan.

“Okay bereh boh!” Ajda tersengih sebelum masuk ke dalam keretanya dan memecut laju. Lega Pak Kahar sudi juga menerima pertolongannya setelah begitu besar pertolongan yang Pak Kahar berikan kepadanya tadi.

Suka? =)

2 comments:

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

Lintas Lansung dari Penulisan2u