~Pembaca Setia~

*~Dari Lubuk Hati Penulis~*

Assalammualaikum semua!

blog ini AK hasilkan untuk mencoret karya-karya yang lahir dari hati AK khas untuk tatapan umum. AK masih bertatih dalam dunia penulisan ini, segala kelemahan AK harap dimaafkan. harap segala karya ini tidak akan ditiru dan diubah hakcipta kerana tolonglah hargai penat lelah dan jerih payah AK dalam menghasilkan karya-karya ini.

Pembaca semua sangat-sangat dialukan untuk memberi sebarang komen dan pandangan yang menbina. Diharap dengan adanya blog ini dapatlah kita berkongsi pendapat seterusnya membantu AK memperbaiki diri dalam arena penulisan ini...dan tolong doakan semoga impian AK untuk membukukan karya dan novel AK akan terlaksana... InsyaAllah... amin...
Terima kasih...

Penuh rasa Cinta,

~Aliesha Kirana~

Tuesday, March 21, 2017

Novel Pak Cik Kerek Semanis Pavlova Bab 3


Bab 3
NUR Ajda Sajidah.
26 Tahun.
22 Februari 1991
Bujang.
Bekerja sendiri.
Hesy, macam tulis resume saja, tak pun borang cari jodoh. Ajda ketawa sendiri saat menaip biodatanya untuk diletakkan di dalam portfolio. Dah pak cik kerek tu nak sangat portfolio, memang Ajda bertekad untuk bagi info selengkapnya termasuk perihal diri dia. Nak tahu sangat kan? Ambik!
“Ajda buat apa tu?” suara garau yang menerpa membuatkan Ajda mengurut dadanya. Rasa macam nak tercabut jantungnya dek terkejut.
“Hesy along ni! Terkejut Ajda, tau.” Ajda tarik muncung masam. Nasiblah dia tak tertolak muk berisi kopi panas di sebelahnya itu.
“Lah, dah kenapa nak terkejut sangat. Ajda tu yang khusyuk sangat sampai along masuk pun Ajda tak sedar.”
“Haih nasiblah Ajda tak ada lemah jantung tau.”
Ajwad ketawa kecil sebelum dia memandang adiknya itu kembali.
“Ajda buat apa ni?”
Ajda merenung wajah abangnya sebentar sebelum beralih ke arah skrin komputernya kembali.
“Buat portfolio.” Lemah suaranya memberitahu sepertimana lemahnya dia nak siapkan portfolio yang baru saja dia mulakan itu.
“Portfolio?” kening Ajwad terangkat. Dia ikut merenung skrin komputer adiknya itu.
“Untuk apa?” soalnya lagi.
“Ada butik yang Ajda nak apply slot vendor tu mintak benda alah ni. Ni yang Ajda tengah pulun ni.” Ajda bersuara tanpa memandang ke arah abangnya semula. Ikutkan hatinya, dia mahu cepat-cepat siapkan portfolio itu, barulah hatinya jadi tenang. Kalau tidak, dia asyik fikirkan pasal hal itu saja sampai nak buat kerja lain pun tak ada hati. Pesanan pelanggannya pun masih ada yang perlu dia siapkan, mesej WhatsApp yang masuk pun dia belum semak, entah pesanan apa pula yang muncul.
“Dahlah, berhenti dulu. Jom turun makan, Kak Najah kata Ajda dari balik tadi tak makan apa-apa lagi.”
Ajda terhenti memandang skrin komputer dan berpaling ke arah abangnya. Memang dari balik tadi, perutnya belum diisi.
“Yelah.” Ajda sengih.
Ajwad ikut tersenyum seraya mengusap kepala adiknya itu.
“Dah, jom.” Ajwad melangkah keluar dari bilik itu sambil diekori Ajda dari belakang.

NAJAH yang sedang menyuap makanan kepada Imani, anak kecil mereka yang belum sampai setahun itu di meja makan, segera berpaling saat melihat Ajwad dan Ajda keluar dari bilik Ajda.
            “Hah, nampak pun batang hidung kamu, Ajda. Ingatkan dah bertapa dalam bilik, selalu bertapa dekat dapur je.”
            “Amboi, kak Najah perli Ajda ya.” Ajda menarik muncung panjang saat dia mengambil tempat di meja makan membuatkan Najah ketawa. Adik manja kesayangan suaminya itu memang macam budak-budak walau sudah layak jadi emak budak.
            “Orang tu sibuk buat kerja.” Ajwad menjeling adiknya saat dia ikut duduk sebelum beralih ke arah isterinya semula.
            “Kerja apa?”
            “Tu ada butik mintak portfolio, dia kena siapkan.”
            “Aik, tak pernah-pernah.”
            “Tulah kak, sebab tulah Ajda berkurung dalam bilik. Nak siapkan benda alah tu.” Ajda bersuara sambil dia bermain dengan Imani yang sedang tersenyum dengan agahan ibu saudaranya itu.
            “Kamu ke butik mana hari ni?”
            “Talqisya.” Ajda tersengih saat wajah abang dan kakak iparnya dipandang silih berganti.
            “Uih butik yang ada class tu?” mata Najah membulat, kenal dengan butik yang berprestij itu kerana pernah beberapa kali dia ke sana, membelek baju-baju jenama butik atas talian. Yang dia tahu, hanya jenama-jenama terkenal atas talian saja yang dijual di situ.
            “Eh akak tau ye?”
            “Akak pernah pergi. Semua jenama yang famous-famous je ada dekat Talqisya tu kan? Pavlova Ajda tu boleh ke masuk situ?”
            “Ajda tengah cubalah ni. Sebab tu Ajda nak siapkan portfolio ni. Sample Ajda dah bagi tadi, harap-harap ada rezekilah.”
            “Adik along ni mesti boleh punya.” Ajwad pula bersuara sambil menepuk bahu Ajda. Ajda tersengih, terharu dengan kepercayaan abangnya itu.
            “Dahlah, jom makan. Adik abang ni ada banyak kerja tu nak disiapkan. Dapur pun dia tak masuk lagi tu.” Najah bersuara sambil menceduk nasi ke pinggan.

            Ajda tersenyum sebelum menyambut pinggan nasi yang dihulur kakak iparnya. Lepas makan, dia nak sambung semula buat portfolio itu sampai siap, kemudian terus hantar ke Talqisya esok. Harap adalah rezekinya hendak jadi vendor di butik berprestij itu.

Suka? =)

No comments:

Post a Comment

Dah habis baca tu, rajin-rajinlah tinggalkan komen eh! boleh jugak AK perbaiki penulisan AK. heheeheh. Terima Kasih!

~Kepantasan Menaip~

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

Lintas Lansung dari Penulisan2u